Sabtu, 23 April 2011
iTuLaH CiNtaaa
1. Andai kata cinta itu sebuah
pengorbanan, mengapa pengorbanan itu
bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata
derita itu harga sebuah cinta, mengapa
cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta
seumpama kota kristal indah di
penglihatan derita di perasaan.
2. Ada orang pada mulanya malu untuk
jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi
rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu
itu menjadi hilang dengan sendirinya dan
terpaksa menerima kenyataan yang
sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.
3. Gerak geri memberi pengertian kepada
perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.
4. Cinta yang di semadikan tidak mungkin
layu selagi adanya imbas kembali. Hati
yang remuk kembali kukuh selagi
ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah
bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut yang lama pastikan sembuh selagi
iman terselit di dada.
5. Cinta yang datang umpama pelangi
ceria dengan 7 warna memukau saat bayu
berlagu riang, tika itulah cintanya
hadir. Apabila mata terlihat seseorg
yang bakal mewarnai hidupnya.
6. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari
dua perasaan, kehadirannya tidak
diundang, perginya tiada yang merelakan
kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.
7. Persahabatan biasanya berakhir dengan
percintaan tetapi percintaan tidak
pernah berakhir dengan persahabatan.
8. Cinta bukan mengajar kita lemah
tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta
bukan mengajar menghinakan diri tetapi
menghembuskan kegagahan. Cinta bukan
melemahkan semangat tetapi membangkitkan
semangat.
9. Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba
katakan. Tak lain tak bukan ialah dua
jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm
satu debaran.
10. Cetusan cinta pertama merupakan
suatu getaran yg sangat menggoncangkan jiwa.
11. Kadangkala kita menyedari betapa
dalamnya kita menyintai seseorang,
disaat kita sedang kehilangannya. Dan
kadangkala kita juga menyedari betapa
perlunya cinta seseorg terhadap kita,
disaat kita amat memerlukannya.
12. Cinta yang lahir dari pandang
pertama adalah cinta suci, manakala
perasaan cinta yang lahir dr kemesraan
persahabatan adalah cinta sejati. Namun
sukar untuk membezakan yg mana lebih
abadi, cinta suci atau cinta sejati.
bye QasehCintaAc..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan